Rujukanku :- Yani@My Resipi
Gambar step by step oleh Yani@My Resipi supaya mudah untuk difahami.. Thanks Yani.. Walaupun x secantik roti yang dibuat oleh Yani, tapi tetap lembut dan habis juga dimakan oleh hb dan anak-anak...
Bahan-bahan :- ( 12 biji )
120ml susu segar *
50gm telur *
300gm tepung roti *
1 sudu kecil garam *
3 sudu besar gula *
60gm butter *
1 sudu kecil dry yeast *
12 batang sosej
sos tomato/ sos cili
mayonis
telur untuk sapu
Cara-cara :-
Masukkan semua bahan di atas yang bertanda * ke dalam
breadmaker. On kan dan tunggu sehingga selesai.
Bila dah siap. Keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk
untuk keluarkan angin.
Bahagikan kepada 12 bahagian. Rehatkan 10 minit. Ambik sebiji roti. Buat bentuk panjang lebih kurang 30cm.
Pada bahagian hujung, buat leper sebagai tempat
penyambung dan kemudian sambungkan pada bahagian hujungnya.
Letakkan sosej pada bahagian tengah. Ulang langkah
4-6 sampai habis.
Biar naik 2 kali ganda. Kemudian sapukan dengan
telur.
Bakar pada suhu 180C selama 10 minit. Kalau roti belum
nampak perang, biarkan dalam oven selama 5-6 minit selepas bakar sebelum dibawa
keluar dari oven.
Keluarkan roti dari oven dan sejukkan. Bila nak
makan bolehlah letak sos dan mayonis.
No comments:
Post a Comment