Thursday, March 10, 2011

Spaghetti Bolognese



Salam.. Petang2 camni lapar la pulak.. tengok dalam peti ais ada bahan.. maka buatlah spagetti ni..

SPAGETTI BOLOGNESE
By :- kyra-sweethome.blogspot

Bahan :-
Spaghetti -direbus bersama sedikit minyak
Minyak - untuk menumis
Daging cincang
Sotong- dipotong
Sosej bercheese (kyra guna jenama ayamas)
Bawang besar -dipotong dadu
Tomato pure
Sedikit sos tomato
Carrot -potong dadu
Brokoli
Kacang peas
sedikit oregano
Parutan Keju parmesan secukupnya
garam & gula 

Cara :-
1. Tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging cincang. Masukkan pula sosej dan sotong.
2. Masukkan tomato pure dan sos tomato. Kacau.
3. Masukkan oregano, carrot, kacang peas dan brokoli. Masukkan pula garam dan gula secukup rasa.
4. Akhir sekali, masukkan parutan keju. Kacau sehingga kuah menjadi agak pekat.

Wednesday, March 9, 2011

My baby girl.. Alya Sewaktu Dilahirkan..

Alya semasa baru berusia 2 hari...

Tembamnya :-) ...

Alya bersama abangnya...

 

Panjang kan rambut Alya...





Alya bersama abangnya.. masa ni Alya berusia 11 hari.. selepas cukur rambut...

Caayang adik!!!...





Tuesday, March 1, 2011

Sup Ayam Simple

 



Assalamualaikum..
N3 kali ni biasa-biasa jer.. Dah tak tahu nak masak apa sebenarnya.. hehehe.. Lagipun Adam dengan Alya memang suka sangat kalau makan nasi atau bubur nasi dengan sup..

SUP AYAM SIMPLE
By :- kyra-sweethome.blogspot.com

Bahan :-
 6 ulas Bawang Merah *
2 ulas Bawang Putih *
1 inci halia *
Setengah ekor ayam  - dipotong
sup bunjut
4 biji ubi kentang - dipotong
Sebatang carrot - dipotong
Brokoli
3 cawan air
1 camca stok ayam
garam secukup rasa
Daun sup

Cara Membuat :-
1. Tumis bahan yang bertanda * sehingga naik bau
2. Masukkan ayam, masak hingga ayam nampak kekuningan. 
3. Masukkan air dan sup bunjut. Setelah mendidih, masukkan ubi kentang dan carrot. Masukkan pula brokoli.
4. Masukkan stok ayam dan daun sup. Suaikan rasanya.
5. Setelah mendidih dan ubi dah empuk, bolehlah tutup api.
6. Boleh juga taburkan bawang goreng dan daun sup jika suka.