Thursday, May 30, 2013

Friday, May 24, 2013

JUS MANGGA
Oleh :- Aya@kyra-sweethome.blogspot.com



Bahan :-
Sebiji buah mangga masak
kordial mangga jenama Tobiar Gold (jika tiada, boleh gantikan dengan 3 sudu besar gula)


Cara-cara Membuat :-
Buah mangga dipotong dadu. Kemudian kisar buah mangga bersama kordial mangga.
Tuang ke dalam gelas dan masukkan ketulan ais.
Sedia untuk dinikmati.. nyum~nyum...


Thursday, May 23, 2013

Assalamualaikum W. B. T. ...
Salam Jumaat.. Penghulu segala hari...

DAGING MERAH ALA THAI
Sumber Rujukanku :- jeezy@myresepi.com 

Assalamualaikum.. Terima kasih kepada jeezy kerana sudi berkongsi resepi daging merah ala thai yang sedap nih.. menurut jeezy, dia mendapat resepi ini dari tokey restoran yang baik hati.


Bahan-bahan :- ( 4 orang makan)
1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
2 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 sudu besar cili giling
Sedikit sos tiram
Sedikit sos ikan (thailand mari)
Sedikit sos tomato
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)


Cara-cara :-
Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2.
Panaskan sedikit minyak, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.
Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
Masukkan daging tadi dan bawang besar yang dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan.
Taburlah daun ketumbar yang dihiris tadi untuk mencantikkan lagi masakan.


 Selamat Mencuba.

Tuesday, May 21, 2013

BENGKANG @ BINGKA UBI KAYU
Sumber Rujukanku :- K.An@periuktanahblogspot.com


Bahan-bahan :- (loyang 7 inci X 7 inci)
4 cawan ubi kayu -siap diparut  
2 cawan santan pekat -daripada 1 biji kelapa
1 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning (Aya x letak sebab ubi dah warna kuning)


Cara Membuatnya :-
1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius (api atas dan bawah). Masukkan semua bahan ke dalam loyang berukuran 7 inci X 7 inci (atau 6 X 6- bingka agak tebal). Gaul rata hingga gula hancur dan santan sekata. Ratakan.
2. Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letakkan di rak paling bawah. Bakar bengkang selama 1 jam - 1 1/2 jam atau hingga bahagian atas bengkang keperangan. Setelah masak, keluarkan dan Sejukkan lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang.


Tips dari K.An :-
Untuk mendapatkan bengkang @ bingka yang sedap, lembut dan lemak manis, perlu ikut resepi betul2.. jangan tambah atau kurangkan bahan..
loyang pun tak perlu dilengser kerana santan pekat menyebabkan kuih tidak melekat dan senang dipotong dengan syarat kuih telah cukup disejukkan.



Sunday, May 12, 2013

SUP IKAN MERAH 
Resepi :- kyra-sweethome.blogspot.com


Bahan2 :-
2 ekor ikan merah
3 ulas bawng merah - dimayang 
2 ulas bawang putih - dimayang 
1 s.k lada hitam - ditumbuk
1 inci halia- diketuk
2 batang serai - diketuk
daun sup
1 biji ubi kentang
Brokoli
Cendawan hitam
garam dan perasa secukupnya





Cara2nya :-
Panaskan periuk. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia. 
Tumis sehingga naik bau.
Masukkan air, ubi kentang dan lada hitam.
Bila kuah mendidih, masukkan ikan, serai dan cendawan hitam.
Masukkan brokoli. Perasakan dengan garam. Masukkan daun sup.
Sebelum dihidangkan, boleh juga taburkan bawang goreng.