Friday, July 29, 2011

KAILAN GORENG IKAN MASIN


KAILAN GORENG IKAN MASIN
Resepi :- indays (MR)
Dirujuk & diubahsuai :- Aya@kyra-sweethome.blogspot.com

Bahan-bahan :- ( 4 org )
1 ikat Sayur Kailan
3 hiris (1 cm lebar) ikan tenggiri jeruk
1 ulas bawang besar-hiris
5-6 biji cili api-hiris
1 biji lada merah-hiris
3 ulas bawang putih (diketuk) - yang ni Aya tambah 
sotong -dipotong - yang ni Aya tambah
3 sudu Minyak masak

Cara-cara:-
Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
Masukkan tenggiri jeruk dan goreng hingga masak dengan api sederhana besar.
Ketepikan ikan tenggiri dan masukkan pula sotong, bawang putih, bawang besar, lada merah dan cili api yang telah dihiris.
Besarkan api dan masukkan sayur kailan yang telah dipotong. Kacau sebentar.
tutup api dan bolehlah hidangkan.


Wednesday, July 27, 2011

SOTONG GORENG KUNYIT


SOTONG GORENG KUNYIT
Resepi :- yummiez (MR)
Dirujuk &diubahsuai : Aya@kyra-sweethome.blogspot.com 

Bahan-bahan :- ( 4 orang makan ) 
sotong - dipotong -Aya buat sekor2 
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam secukupnya
serbuk lada secukupnya
2 ulas bawang putih - dihiris
1/2 biji bawang besar - dipotong bulat2
hirisan cili merah secukupnya
minyak utk menumis

Cara-cara:-
Sotong tadi digaulkan dengan serbuk kunyit, garam dan serbuk lada. Kalau boleh jangan bagi sotong berair sangat. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali. Bila dah panas, tumis bawang putih sampai naik bau.
Masukkan sotong dan kacau sebentar. Kalau rasa nak tambah kuah, masukkan sedikit air. Tapi air dari sotong tu akan keluar jugak so agak2 byk mane nak tambah air.
Masukkan bawang besar and hirisan cili merah. Tambah kan garam jika perlu. Tak perlu masak lama sgt, nnt sotong jadi keras.
Siap dan hidangkan. 

DAGING GORENG BERSOS TIRAM


Assalamualaikum..
Agak lama x update blog.. sibuk memanjang huhu..Untuk entry kali ni Aya masak daging goreng bersos tiram untuk lunch.. sedap makan dengan nasi masih panas2..

DAGING GORENG BERSOS TIRAM
Resepi :- Aya@ kyra-sweethome.blogspot.com

Bahan-bahan :-
100 g Daging -di potong kecil & nipis
1 biji bawang besar -dihiris nipis
10 biji cili api
1 inci halia -dimayang
2 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
sedikit lada hitam -ditumbuk
minyak masak -untuk menggoreng


Cara-cara :-
1. Perap daging bersama garam, sos tiram, dan lada hitam sebentar.
2. Rebus daging yang telah diperap dengan halia sehingga daging empuk.
3. Masukkan minyak masak ke dalam kuali yang mengandungi daging tadi.
4. Masukkan bawang besar dan cili api. Goreng hingga daging agak kering.
5. Sedia untuk dihidangkan.

Monday, July 25, 2011

TAZKIRAH - IMAM DAN 20 SEN...



Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut. 

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut. "Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"

Sumber :- http://mr-tazkirah.blogspot.com
Rujukan :- 1luvislam

Thursday, July 21, 2011

SALAM JUMAAT.. PENGHULU SEGALA HARI...

Jumaat, 22hb. Julai 2010 bersamaan 21 syaaban 1432..

Assalamualaikum & salam sejahtera..
Hari ni masak simple ja.. antaranya Ikan talang goreng campur bawang dan cili kering ni.. kalau x tau nak masak apa, lauk ni la yg slalu dibuat.. sedap makan dengan nasi panas2.. semua orang tau buat kan..


IKAN TALANG GORENG BAWANG
Resepi :- kyra-sweethome.blogspot.com

Bahan2 :- 
minyak masak - untuk menggoreng
isi ikan talang masin
bawang kecil1 (di mayang)
bawang putih (dimayang)
cili kering (dipotong2)


Cara-caranya:
1. Masukkan minyak dan goreng bawang yg dihiris hingga warna jadi kekuningan. Angkat.
2.  goreng pula ikan talang masin tadi...bila dah agak kekuningan, masukkan pula cili kering yg di potong tadi...goreng sampai garing.. 
3.  Tuangkan bawang goreng tadi ke atas ikan masin. Sedia untuk dihidangkan.

Monday, July 18, 2011

PIZZA!!!...


Assalamualaikum.. selamat petang.. 
Pizza yang dibuat masa kakak datang rumah hari jumaat baru2 ni.. Untuk resepi doh, Aya buat ikut resepi Chef Anuar.. buat separuh dari resepi asal. Inti dan sos pulak, resepi sendiri.. guna apa yang ada kat rumah.. hehehe.. apapun.. pizza ni sangat2 yummy!!!...


PIZZA
Dirujuk & diubahsuai :- kyra-sweethome.blogspot.com

Bahan2 untuk doh (Resepi Chef Anuar)
675 gm tepung - (Aya guna tepung high protien)                                    
15 gm yis kering
55 gm shortening                                 
20 gm gula castor
450 gm air                                                              
10 gm garam

Untuk Doh :-
1. (masukkan kesemua bahan dalam Bread Maker mengikut turutan, letakkan bahan cecair dahulu, baru bahan-bahan kering. Jauhkan garam dengan yis sebab boleh membantutkan perkembangan yis). 
2. Tekan ON dan biar doh diuli, kalau ikut arahan BM Aya, tekan  setting no.8. Bila siap uli biarkan doh naik lebih kurang 20 minit . 
3. Keluarkan dari BM dan letakkan di atas papan pencanai yang ditabur sedikit tepung. Canai dengan rolling pin dan letakkan di atas loyang pizza. Tunggu hingga base naik sedikit.

Bahan Inti :-
300 gm daging ayam
5 batang sosej - rebus sebentar dan potong
1 sudu besar bawang besar cincang
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar minyak zaitun
gula & garam secukupnya

Cara2 :-
1. Perap isi ayam bersama serbuk lada hitam sebentar. 
2. Panaskan minyak, tumiskan bawang hingga kekuningan, masukkan pula daging ayam yang telah diperap tadi.  
3. Masukkan garam & gula. Kacau hingga masak dan sedikit kering. Angkat dan sejukkan.
4. Ratakan sos pizza di atas doh, kemudian letakkan inti daging ayam dan sosej. ratakan.  
5. Taburkan parutan mozarella cheese dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 10 minit.

Untuk Sos Pizza :-  
sos tomato
sos cili
puri tomato

Cara2 :-
Aya campurkan semuanya.

Saturday, July 16, 2011

ROTI DAGING BERKEJU LAGI...

Assalamualaikum..
Buat lagi roti daging berkeju rerepi kak Noor ni sebab buat hari tu x puas makan.. tapi kali ni Aya letak kari daging untuk makan tghari punya.. memang sedap.. resipi dah ada pada entri yg sebelum2 nih...




Thursday, July 14, 2011

KUIH PAU


Assalamualaikum.. selamat petang...
Untuk minum petang, Aya buat kuih pau.. rasanya memang sedap.. lembut sampai ke petang.. Resepi ni Aya c/p jer dari blog kak Liza.. mintak halal yer kak Liza..

KUIH PAU 
Resepi :- kak Liza - http://hanieliza.blogspot.com

Bahan2 :-
500 gm tepung pau atau tepung gandum - Aya guna tepung pau 'bluekey'
1/2 s/k baking powder
1/2 s/k garam
1 s/b gula
2 s/k yeart mauripan
2 s/b shorterning
250 gm air suam

Cara2 :-
1. Gaul rata semua bahan kecuali air.
2. Masukkan air sedikit-sedikit sehingga habis.
3. Uli sehingga licin[tak lekat ditangan]
4. Tutupkan dgn kain lembab dan biarkan naik 2X ganda.
5. Tumbukkan adunan dan bahagikan adunan menjadi ketulan kecil.
6. Bulatkan dan lmasukkan inti mengikut kesukaan sendiri [inti ayam/kacang merah/kaya/kelapa/daging].
7. Lapikkan adunan diatas keratan daun pisang atau kertas.
8. Rehatkan adunan sehingga naik lagi.
9. Panaskan kukusan.
10. Masukkan adunan dan masakkan selama 10 minit.
11. Buka tudung dengan perlahan supaya air wap tidak menimpa adunan pau.
12. Siap untuk dimakan

INTI AYAM - Aya guna daging)
Bahan :-
300 gm isi ayam/daging [potong dadu kecil]
3 biji kentang [dadu kecil]
1 batang lobak merah kecil [potong dadu kecil]
2 s/b serbuk kari ayam
1 cawan air
garam
gula
daun sup [racik kasar]

Bahan tumis :-
minyak
1 ulas bawang putih [hiris]
3 ulas bawang merah [hiris]

Cara2 :-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kari yg telah dibancuh dgn sedikit air, isi ayam dan kacau rata.
3. Masukkan kentang, carrot, garam dan air.
4. Biarkan mendih dan pekat.
5. Bila telah lembut dan pekat boleh masukkan inti dalam mangkuk.


Wednesday, July 13, 2011

Birthday Adam Syahmie - 5 Tahun...

Ni la kek yg Aya buat untuk birthday Adam yg ke-5 tahun.. dah lama.. baru masukkan dalam blog.. kek ni untuk Adam celebrate ngan teacher dan kengkawan kat Tadika.. Adam nak kek Ben10.. gambar kek dah yg dipotong xde la yek!!!


KEK MARBLE TRIO



Assalamualaikum.. selamat pagi.. 
Sebenarnya dah lama nak buat kek marble trio.. tapi asyik tertangguh aja.. akhirnya 'ter'buat jugak.. hihihi.. terima kasih yer CMG.. untuk resepi yang sedap nih..


KEK MARBLE TRIO
Resepi :- CMG http://www.tiffinbiru.com


Bahan2 :- ( Acuan ( 8 x 8 x 3 ) inci )
300 g mentega, pada suhu bilik - Aya guna butter jenama Anchor
280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
1 camca teh serbuk penaik*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
5 biji telur Gred A
250 g gula kastor -Aya kurangkan
1 camca besar Ovallate
30 g Gliserin -Aya ganti dengan susu pekat
20 g air
1/2 camca teh esev vanilla
1/2 camca teh strawberi emulco
1 camca teh coklat emulco

Cara-cara :-
1. Pukul mentega hingga kembang.
2. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul rata dgn mentega. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk yg kering dan bersih. Satukan telur, gula dan ovallate dengan menggunakan kelajuan yg tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu.
4. Perlahankan speed, masukkan adunan mentega tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga gliserin@susu pekat dan air. Gaul hingga rata.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampur dgn coklat emulco, satu lagi dgn strawberi emulco dan satu yg adunan kosong dicampur dgn esev vanila. (Perisa bergantung pada kehendak masing2).
6. Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang seli hingga habis.
7. Bila sudah siap. Ambil chopstick atau sudu (gunakan tangkainya). Buat beberapa pusingan pada adunan kek tadi. JGN terlebih pusing, cukup sekadar 3 - 4 kali pusingan.
8. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu dibhg tgh2 kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan tin kek dgn tudung periuk dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar.
9. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan. Tujuan meletakkan "tudung periuk" ialah untuk mengelakkan kek hangus pada permukaannya.



Wednesday, July 6, 2011

SOSEJ ROLLS


SOSEJ ROLLS
Resepi :-  k.noor (internet)
Dirujuk & diubahsuai :- kyra-sweethome.blogspot.com

Sebenarnya mengikut resepi asal, kak Noor buat sardin rolls tapi Aya gunakan sosej jenama ayamas saja.. versi malas.. hehehe..

Bahan-bahan doh :-
400 g tepung roti (strong white bread flour)
7 g ( 2 sudu kecil ) yis kering
1 sudu kecil garam (paras rata)
50 g mentega }dicairkan
2 sudu besar gula
1 biji telur
100 ml susu segar suam
110 ml air suam
1 biji telur } pukul sket utk sapuan atas roti
1 sudu kecil mentega cair} utk sapuan atas roti
Sosej (jenama Ayamas)

Cara :-
1. Campurkan tepung, yis, garam, dan gula kedlm mangkuk besar.
2. Buat lubang di tengah2nya, tuangkan mentega, susu, air dan telur. Gaul tepung tadi sehingga menjadi doh yg lembut
3. Uli selama 15 minit sehingga doh menjadi licin (tidak  melekat di jari) dan elastic.
4. Bulatkan doh kemudian letakkan kedlm mangkuk yg telah dilenser dgn sedikit minyak dan tutup dgn cling film.
5. Letak ditempat yg suam selama 1 ½ - 2 jam sehingga doh mengembang 2 kali ganda
6. Kemudian canaikan doh menjadi btk segiempat dgn ketebalan 1.5 cm
7. Potong 2 (tengah2) kemudian potong jd btk segitiga (spt gambar di atas)
8. Ambil satu bahagian segitiga kemudian canai supaya menjadi nipis serta lebar diatas dan tirus dibwh (lihat gambar)
9. Ambil inti letakkan dibahagian yg lebar kemudian gulung doh tersebut kemas2 sehingga penghujung. Ulang sehingga habis doh
10. Susun di dlm loyang yg telah disapu minyak. Pastikan masih ada ruang antara setiap doh utk mengembang
11. Kemudian tutup loyang tersebut dgn cling film selama  40 minit - 1 jam  atau sehingga doh tersebut kembang 2 kali ganda semula
12. Panaskan oven pd suhu 190’C, bakar selama 12 minit kemudian keluarkan sapu dgn telur permukaannya kemudian masuk semula dlm oven selama 4-5 min atau sehingga keperangan. Angkat, sapu dgn mentega cair
13. Sejukkan atas redai besi dan tutup dgn kain bersih (utk mendptkan soft crust)


Tuesday, July 5, 2011

ROTI DAGING BERKEJU


ROTI DAGING BERKEJU
Sumber : k.Noor (Internet)
Dirujuk & diubahsuai :- kyra-sweethome.blogspot.com

Bahan-bahan doh:
200 g tepung roti (strong white bread flour)
3.5 g yis kering (easy bake Yeast)
½ sudu kecil garam (paras rata)
1 ½ sudu besar minyak masak
125 ml air suam (warm)
½ sudu kecil serbuk cili
½ sudu kecil oregano kering


Bahan-bahan inti:
250 g daging cincang
½ labu bawang besar } dimayang
½ sudu besar rempah kurma
1 sudu besar minyak
garam secukup rasa
130 g keju mozzarella } diparut - Aya gantikan dengan cheedar cheese

Cara membuat inti:
Panaskan minyak, tumiskan bawang besar sehingga layu dan wangi
Masukkan rempah kurma, kacau sebentar masukkan daging cincang
Goreng sehingga kering air daging
Masukkan garam secukup rasa
Ketepikan.

Cara membuat doh:
1. Campurkan tepung, yis, garam, serbuk cili, oregano kedlm mangkuk besar. Buat lubang di tengah2nya, tuangkan minyak dan air.
2. Gaul tepung tadi sehingga menjadi doh yg lembut, jika adunan terlalu kering tambahkan 1-2 sudu kecil air lagi mengikut keadaan
3. Uli selama 10 minit sehingga doh menjadi licin dan elastic.
4. Bulatkan doh kemudian letakkan kedlm mangkuk yg telah dilenser dgn sedikit minyak dan tutup dgn cling film.
5. Letak ditempat yg suam selama 1 ½ - 2 jam sehingga doh mengembang 2 kali ganda.
6. Taburkan sedikit tepung ditempat mencanai kemudian canaikan doh menjadi btk segiempat dgn ketebalan 1.5 cm
7. Ratakan inti daging di atasnya diikuti dgn parutan keju
8. Gulung doh tersebut kemas2, kemudian potong kpd 5 bahagian
9. Susunkan potongan doh secara menegak kedlm loyang yg telah dilapik dgn kertas minyak.
10. Pastikan masih ada ruang antara setiap potongan utk mengembang
11. Tutup loyang tersebut dgn cling film selama 1 jam supaya doh tersebut kembang semula
Panaskan oven pd suhu 200’C, bakar selama 30-40 minit sehingga roti keperangan. Hidangkan panas-panas. 

p/s : 
kalau campurkan dengan bread improver (Lecitem Universal) dalam 1 1/2 sudu kecil.. roti tu jadi lebih lembut


TIRAMISU


TIRAMISU 
Sumber :- hanieliza.blogspot.com

Bahan A
24 keping biskut tiramisu
250 gm keju cream [philidephia]
150 ml yogurt asli - Aya x letak sebab xde
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan air ]
1 s/ k nescafe ] bancuhkan
serbuk koko

Bahan B
150 ml air ]
1 s/b serbuk agar2 ] masakkan sampai mendideh

Cara
1. Susunkan 12 keping biskut tiramisu.
2. Basahkan biskut tiramisu dengan air nescafee.
3. Pukul keju dan gula sehingga gebu.
4. Masukkan yogurt dan pukul lagi sehingga rata.
5. Masukkan bahan B dan kacau rata.
6. Sapukan sebahagian adunan keju atas biskut tiramisu.
7. Ulangkan lagi untuk lapisan kedua sama saperti lapisan pertama.
8. Ayakkan serbuk koko [coklat] atas lapisan yg kedua.
9. Sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan.

NOTA:
adunan ini memang agak moist dan lembut.. so kena makan secara scooping gitu.. tapi memang sedap..

 

KEK COKLAT KUKUS

KEK COKLAT KUKUS
Sumber :- sofinar@myresipi.com

Menurut sofinar, resepi ni dapat daripada kawannya yang pergi kursus subjek ERT di sekolah..

Bahan-bahan :-
2 cawan gula castor
2 cawan tepung gandum
1 cawan sebuk koko
1 cawan minyak masak/ minyak jagung
1 cawan susu cair
3 biji telur gred B
2 sudu teh soda bikabonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
1 cawan air panas

Cara-cara :-
1. panaskan pengukus. campur semua bahan kecuali air panas, putar dengan mixer hingga sebati
2. bila dah sebati masukkan air panas. dan putar lagi
3. bila bahan di putar sebati masuk dalam acuan yang digris dgn minyak dan bolehla di kukus kira-kira 45 - 60 minit.

Tips :-
jgn putar lama2 sangat dgn mixer tu asalkan dah sebati kira ok la.




LAGI CHEESE FRUIT CAKE



Suka buat kek ni coz memang sedap.. sekejap jer habis kalau buat kat umah ni.. resepi dah ada pada entry sebelum nih yer..

MUFFIN STRAWBERRY


STRAWBERRY MUFFIN
Resepi asal oleh KIM'S MOIST MUFFIN

Teruja sangat nak buat muffin nih sebab ramai yang kata sedap.. dan yang paling best.. senang dan mudah membuatnya.. Hasilnya muffin ni memang sangat sedapppp... tak rugi mencubanya..

Bahan2 :-
220 gm selfraising floor
1/2 - 3/4 cawan minyak jagung/ minyak masak (boleh kurangkan 1/2 cawan)
3/4 cawan buttermilk atau susu biasa
1/2 - 3/4 cawan gula kastor
1 biji telur - dipukul 
1 s. teh esen vanilla
Strawberry emulco/ choc. chips dll.

Cara2 :-
1. Panaskan oven 170'C. Griskan loyang muffin.
2. Gaul sebati semua bahan kering.
3. Gaulkan pula semua bahan basah dan campurkan dengan bahan kering tadi.
4. Masukkan strawberry emulco. Gaul hingga sebati.
5. Tuang ke dalam loyang muffin.
6. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga masak.

PAPRIK AYAM DENGAN SAYUR

PAPRIK AYAM DENGAN SAYUR
Resepi :- makyong(MYR)

Bahan-bahan :-
½ ekor ayam - dipotong kecil2 
4 ulas bwg merah - ditumbuK
 2 ulas bwg putih - ditumbuk 
1 labu bwg besar - dimayang 
2 btg serai - dititik 
2 biji buah tomato - dipotong 4 
5 biji cili padi - ditumbuk 
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda 
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis

Cara-cara :-
1. Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing). 
2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap. 
3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis. Biarkan mendidih sekejap.
4. Masukkan pula sedikit air. Kemudian masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. 
5. Bila dah mendidih, masukkan bawang besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.




Monday, July 4, 2011

PIZZA SEAFOOD


PIZZA SEAFOOD
Resepi Asal :- HomeSweetHome.blogspot.com
Diubahsuai oleh :- kyra-sweethome.blogspot.com

Bahan:-
(Untuk base)
1 1/2 cawan tepung roti
1 sudu kecil yis
120 ml air suam
1/2 cawan minyak sayur
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
serbuk oregano

Topping :-
Aya gunakan sos spagetti jenama kimball tu jer
serbuk paprika
serbuk oregano
serbuk bassil
black pepper
olive oil
garam
gula
bawang besar - mayang kasar - Aya x letak
sotong - Aya gantikan dengan crab stik
sosej ayam
parutan cheedar cheese
parutan mozarella cheese

Doh :-
1. masukkan semua bahan kecuali minyak sayur, gaul sebati. 
2. Masukkan minyak dan uli hingga lembut. Canai dalam acuan piza. Kemudian letakkan parutan cheese di hujung sekeliling pizza dan gulung. Biarkan naik 2 kali ganda.

Topping :-
1. Letak topping atas piza. Letak sedikit serbuk bassil dan parutan cheese.
2. Bakar selama 40 - 45 minit.

IKAN SIAKAP MASAK STIM


IKAN SIAKAP MASAK STIM
Resepi :- kyra-sweethome.blogspot.com

Bahan2nya :-
seekor ikan siakap(sederhana besar)
2 batang serai dititik
satu inci halia - dihiris
daun bawang
Brokoli
Karot - dipotong dadu
Tomato - di potong dadu
cili padi - dipotong
gula
garam (secukup rasa)
serbuk kunyit
1 sudu sos tiram
1/2 sudu miyak masak

caranya :-
1. ikan dibersihkan dan dikelar2
2. lumurkan ikan dengan sebuk kunyit & garam, sos tiram, minyak masak dan diletakkan di dalam pinggan melengkung (yang sesuai dan tahan panas).
3. taburkan ikan dgn cili padi, serai, halia, daun bawang, brokoli, karot dan tomato.
4. kukusl selama lebih kurang 10 minit.