Monday, February 28, 2011

Laksa Sarawak

Salam dan selamat sejahtera...
Laksa sarawak ni dibuat memandangkan perencah yang dibeli semasa bercuti di Kuching, Sarawak baru-baru ni dah lama terperap dalam peti ais...



LAKSA SARAWAK
By :- kyra-sweethome.blospot.com


Bahan-bahan :-
1 bungkus bee hoon- dicelur hingga lembut
1 peket besar perencah laksa sarawak- kyra guna perencah Hj. Manan
Santan dari sebiji kelapa
1 mangkuk taugeh - dicelur
1 mangkuk isi ayam- direbus dan disiat-siat
1 mangkuk udang - direbus  
1/2 kilo Kerang- dikopek dan direbus 
3 biji telur ayam - goreng dadar (yg ni kyra tak masukkan) 
beberapa biji limau kasturi
Daun pudina

Cara-cara :-
1. Masukkan 5 cawan air dan rebus ayam dalam periuk, kemudian diangkat.
2. Masukkan pula udang sebentar, kemudian diangkat.
3. Masukkan perencah laksa sarawak ke dalam air rebusan tadi. biarkan seketika.
4. Masukkan santan kelapa. Biarkan mendidih lebih kurang 20 minit dengan api perlahan.
5. Apabila kuah laksa sudah masak, bee hoon tadi bolehlah dihidangkan bersama dengan bahan tabur, limau kasturi dan sambal.


Sambal :-
Bahan :-
2-3 sudu cili kering - 
Segenggam udang kering } semua bahan dikisar
2 ulas bawang merah -
1 ulas bawang putih -
Minyak masak untuk menumis


Jemput makan semua...

Marina Cove Resort, Lumut, Perak

Foto ni diambil masa Family Day office tahun lepas di Marina Cove Resort, Lumut, Perak...

Adam..

Jom main air dengan Adam!!!...
Apartment tempat kami menginap...

Adam tengah fikir apa tu ye...


Nyenyaknya anak ummi tido.. Masa ni Alya baru berusia 3 bulan...


Auntie Azira & Zuha...
Auntie Zaihan dengan anak2nya...
Adam tengah main...




Adam tengah belajar berenang...


Senyummm...

Sayang anak ummi!!!...
Abang Adam tengah menyakat si adik...



Sunday, February 27, 2011

Roti Bawang Putih & Sup Krim Cendawan



Salam dan selamat petang semua...
Untuk entry kali nih, Aya nak letak gambar Roti Bawang Putih & Sup Krim Cendawan yang dibuat untuk minum petang.. jemput makan semua.. sambil tu jom kita tengok resipi yer...

ROTI BAWANG PUTIH & SUP KRIM CENDAWAN
By:- kyrasweethome.blogspot.com

Roti
Bahan :-
3 ulas bawang putih -ditumbuk
100gram mentega
Daun parsley -dicincang halus

Cara Membuat:-
1. Panaskan oven pada suhu 160c 
2. Dalam satu bekas, campurkan mentega dan bawang putuh. Gaul sebati.
3. Sapu campuran mentega tadi pada roti. Taburkan daun parsley.
4. Bakar selama lebih kurang 20 minit.

Sup Krim Cendawan
Bahan :-
1 paket sup krim cendawan- kyra guna jenama knorr
5 cawan air
1 s/k tepung jagung- dibancuh dengan sedikit air
1/2 batang carrot - dipotong dadu
1 pokok daun bawang - diracik

Cara Membuat :-
1. Masukan sup krim cendawan, air dan carrot ke dalam periuk. masak sehingga mendidih.
2. Masukkan tepung jagung dan kacau. Masukkn pula daun bawang. Kacau hingga mendidih.
3. Taburkan daun bawang. Hidangkan.

Tuesday, February 22, 2011

Ikan Siakap Kukus



Salam dan selamat malam semua.. sebelum masuk tido, nak kongsi la masakan yang kyra masak untuk makan tengahari tadi.. Resipi ni dari En. Mat Gebu dan resipi asal daripada Chef Florence Tan..

IKAN SIAKAP KUKUS
Sumber : En. Mat Gebu
Resipi Asal : Chef Florence Tan

Bahan :-
1 ekor ikan siakap
1/2 s/t garam
1/2 s/t tepung jagung *
1/2 s/t serbuk lada sulah
3 s/b jus limau kasturi *
1 1/2 s/b minyak masak *
1 1/2 s/k gula *
1/2 s/t garam *
2 batang serai - dihiris halus *
1/2 kuntuk bunga kantan - dihiris halus *
1 helai daun limau purut - dihiris halus *
1/2 inci halia - dihiris halus *
1/2 s/t tepung jagung
1/2 s/t pati ikan bilis

Cara :-
1. Ikan dicuci bersih dan dilumurkan dengan garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan.
2. Dalam bekas yang lain, satukan semua bahan yang bertanda * hingga sebati. ketepikan.
3. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi dan tuang sosnya.
4. Kukus lebih kurang 10 minit bergantung kepada saiz ikan atau apabila ikan bertukar menjadi warna putih.
5. Sedia untuk dihidangkan.

Monday, February 21, 2011

BANGKOK & PATTAYA, THAILAND.. DEC. 2009...

Sampai kat Suvarnabhumi Airport dah dekat nak malam dan sebelum ke hotel, gi makan kat Jimbaran...

Breakfast...

Adam berposing kat Swimming pool...

Abah dan Adam posing depan Mike Garden Hotel.. tempat menginap...


Pattaya Nua...

Salah satu Masjid yang terdapat di Pattaya...

View masa nak masuk Nongnooch Garden, Resort...




Gajah yang pandai memanah belon.. haha..

Gajah berbasikal...

Gajah melukis...

Gajah main bola sepak...



Gajah main Boling...

Siapa nak massage..




Adam teruja dapat pegang anak gajah...

Di pusat pembuatan dan jualan batu permata terbesar di dunia @ Gems Gallery...

Empat sekawan ni, kemana pun sama-sama...

Adam tertidur sebab keletihan.. kesian anak ummi...


Dinner di Nopparat...



Tempat yang best untuk shopping.. macam-macam ada disini dengan harga yang murah...

Dalam bilik hotel...


Thepprasit Honey.. from the Chiangmai mountains golden triangle...

Menurut jurucakap tu, kalau campur air dengan madu, jadi camni.. maknanya madu tu memang original.. entahlah..

Posing di tepi sungai Chao phraya...


Naik bot menyusuri sungai..

Chaophraya Cruise...



Rumah2 penduduk di sepanjang sungai...


Berpeluang bagi ikan makan...


Adam posing depan restoren Mak Yah.. tempat makan tengahari.. sedap...

Tut-tut...