Thursday, May 30, 2013

Friday, May 24, 2013

JUS MANGGA
Oleh :- Aya@kyra-sweethome.blogspot.com



Bahan :-
Sebiji buah mangga masak
kordial mangga jenama Tobiar Gold (jika tiada, boleh gantikan dengan 3 sudu besar gula)


Cara-cara Membuat :-
Buah mangga dipotong dadu. Kemudian kisar buah mangga bersama kordial mangga.
Tuang ke dalam gelas dan masukkan ketulan ais.
Sedia untuk dinikmati.. nyum~nyum...


Thursday, May 23, 2013

Assalamualaikum W. B. T. ...
Salam Jumaat.. Penghulu segala hari...

DAGING MERAH ALA THAI
Sumber Rujukanku :- jeezy@myresepi.com 

Assalamualaikum.. Terima kasih kepada jeezy kerana sudi berkongsi resepi daging merah ala thai yang sedap nih.. menurut jeezy, dia mendapat resepi ini dari tokey restoran yang baik hati.


Bahan-bahan :- ( 4 orang makan)
1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
2 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 sudu besar cili giling
Sedikit sos tiram
Sedikit sos ikan (thailand mari)
Sedikit sos tomato
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)


Cara-cara :-
Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2.
Panaskan sedikit minyak, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.
Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
Masukkan daging tadi dan bawang besar yang dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan.
Taburlah daun ketumbar yang dihiris tadi untuk mencantikkan lagi masakan.


 Selamat Mencuba.

Tuesday, May 21, 2013

BENGKANG @ BINGKA UBI KAYU
Sumber Rujukanku :- K.An@periuktanahblogspot.com


Bahan-bahan :- (loyang 7 inci X 7 inci)
4 cawan ubi kayu -siap diparut  
2 cawan santan pekat -daripada 1 biji kelapa
1 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning (Aya x letak sebab ubi dah warna kuning)


Cara Membuatnya :-
1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius (api atas dan bawah). Masukkan semua bahan ke dalam loyang berukuran 7 inci X 7 inci (atau 6 X 6- bingka agak tebal). Gaul rata hingga gula hancur dan santan sekata. Ratakan.
2. Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letakkan di rak paling bawah. Bakar bengkang selama 1 jam - 1 1/2 jam atau hingga bahagian atas bengkang keperangan. Setelah masak, keluarkan dan Sejukkan lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang.


Tips dari K.An :-
Untuk mendapatkan bengkang @ bingka yang sedap, lembut dan lemak manis, perlu ikut resepi betul2.. jangan tambah atau kurangkan bahan..
loyang pun tak perlu dilengser kerana santan pekat menyebabkan kuih tidak melekat dan senang dipotong dengan syarat kuih telah cukup disejukkan.



Sunday, May 12, 2013

SUP IKAN MERAH 
Resepi :- kyra-sweethome.blogspot.com


Bahan2 :-
2 ekor ikan merah
3 ulas bawng merah - dimayang 
2 ulas bawang putih - dimayang 
1 s.k lada hitam - ditumbuk
1 inci halia- diketuk
2 batang serai - diketuk
daun sup
1 biji ubi kentang
Brokoli
Cendawan hitam
garam dan perasa secukupnya





Cara2nya :-
Panaskan periuk. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia. 
Tumis sehingga naik bau.
Masukkan air, ubi kentang dan lada hitam.
Bila kuah mendidih, masukkan ikan, serai dan cendawan hitam.
Masukkan brokoli. Perasakan dengan garam. Masukkan daun sup.
Sebelum dihidangkan, boleh juga taburkan bawang goreng.

Monday, March 25, 2013

SOSEJ BLOSSOM BUN
Sumber Rujukanku :- CMG (http://www.tiffinbiru.com)


Bahan-bahannya :-

250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan sejukkan
Mayonnaise secukupnya
Sos cili/sos tomato, secukupnya
Mix vege secukupnya


Cara Membuatnya :-

Untuk Doh :- 
Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.

Kaedah Lain :- saya guna kaedah yang ni sebab malas.. hehehe
Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian (seperti dalam gambar).
Kemudian, bentukkan seperti dalam gambar dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir ditolak ketengah2 bahagian membentuk sebagai tampuk bunga. Tekan sedikit biar kelihatan kemas. Alih alam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata2. Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.