Wednesday, February 9, 2011

Kek Coklat Kukus Munira






























Jalan-jalan kat Dapur kak  Noor, jumpa kek coklat kukus Munira ni.. Menurut kak Noor resepi asal oleh Pn. Munira Baharom.. angin rajin ada.. maka jadilah kek coklat ni..
Sedap dan moist sgt...

Thanks kepada empunya resipi sebab sudi berkongsi resepi..

KEK COKLAT KUKUS MUNIRA
source : kak.noormasri@coretandaridapur

Bahan-bahan:- loyang bulat 9"

Bahan A :
1 cawan gula pasir - letak 3/4 cawan jugak sama cam kak Noor
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 sudu kecil serbuk nescafe


semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut.
Rehatkan sekejap bila dah sebati
.

Bahan B:
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder


semua bahan di atas diayak

Bahan C:
4 biji telur - diblender atau pukul hingga kembang.


Cara membuat:
1. Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk. 
2. Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak. 
3. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jadi mendap.

TOPPING COKLAT :-

Bahan :-
250 gram coklat masakan
1/2 cawan susu cair

Cara Membuat :-
Cairkan semua bahan secara double boiling. Kemudian tuangkan ke atas kek.


3 comments:

  1. thanks sis..sy ambil resepi ye..:) this week nk buat for besday ank..http://bit.ly/1gZCtsB

    ReplyDelete
  2. Thanks sis share resepi and kepada empunya resepi asal.
    Semalam 1st time try, menjadi dan sedap~!!! :)

    ReplyDelete
  3. apa kegunaan serbuk nescafe tu?
    kalau x da, ssuai ganti dgn apa?

    ReplyDelete