Sunday, February 13, 2011

Kek Coklat Kukus


Kes tak sabar nak potong punya pasal.. habis comot kek ku...












Jemput makan semua..

Kek coklat kukus ni sebenarnya kyra buat dah agak lama, iaitu semperna ulangtahun perkahwinan... semoga berkekalan dunia & akhirat la hendaknya...Amin. Kek ni kyra gunakan resipi oleh Pn. Badariah Ibrahim..

KEK COKLAT KUKUS
Sumber: Pn. Badariah Ibrahim..

Bahan :-
2 cawan tepung gandum *
1 cawan gula halus
1 cawan serbuk koko *
1 sudu teh baking powder *
1 sudu teh sodaa bikarbonat *
2 biji telur (gred A)
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak -kyra gunakan minyak jagung
1 cawan air panas
1 sudu kecil esen vanilla - yg ni kyra tambah walaupun dalam resipi tidak dinyatakan.

Cara :-
1. Ayak bersama bahan yang bertanda *
2. Dalam bekas yang lain, pukul telur, minyak masak, susu pekat dan gula hingga sebati (tak perlu menggunakan mixer).
3. Masukkan bahan yang diayak tadi. Masukkan juga esen vanilla. Kacau hingga sebati.
4. Akhir sekali masukkan air panas dan kacau lagi.
5. Kukus selama 1 jam atau hingga masak.

TOPPING COKLAT GANACHE

Bahan :-
200gram coklat masakan
150gram fresh cream
1 s/k. butter

Cara :-
1. Panaskan fresh cream atas api yang sederhana. Masukkan pula coklat masakan.
2. Bila coklat sudah cair, masukkan pula butter. 

BUTTERCREAM

Bahan :-
200gram gula icing -diayak
35gram butter
2 s/b susu pekat
Coklat emulco

Cara :-
1. Cairkan butter dengan menggunakan api yang perlahan. masukkan susu pekat. Masak sebentar tapi jangan sampai mendidih.
2. Masukkan gula icing dan coklat emulco. 
3. Angkat dari api dan putarkan hingga gebu. Bolehlah hiaskan atas kek.

No comments:

Post a Comment