Monday, February 28, 2011

Laksa Sarawak

Salam dan selamat sejahtera...
Laksa sarawak ni dibuat memandangkan perencah yang dibeli semasa bercuti di Kuching, Sarawak baru-baru ni dah lama terperap dalam peti ais...



LAKSA SARAWAK
By :- kyra-sweethome.blospot.com


Bahan-bahan :-
1 bungkus bee hoon- dicelur hingga lembut
1 peket besar perencah laksa sarawak- kyra guna perencah Hj. Manan
Santan dari sebiji kelapa
1 mangkuk taugeh - dicelur
1 mangkuk isi ayam- direbus dan disiat-siat
1 mangkuk udang - direbus  
1/2 kilo Kerang- dikopek dan direbus 
3 biji telur ayam - goreng dadar (yg ni kyra tak masukkan) 
beberapa biji limau kasturi
Daun pudina

Cara-cara :-
1. Masukkan 5 cawan air dan rebus ayam dalam periuk, kemudian diangkat.
2. Masukkan pula udang sebentar, kemudian diangkat.
3. Masukkan perencah laksa sarawak ke dalam air rebusan tadi. biarkan seketika.
4. Masukkan santan kelapa. Biarkan mendidih lebih kurang 20 minit dengan api perlahan.
5. Apabila kuah laksa sudah masak, bee hoon tadi bolehlah dihidangkan bersama dengan bahan tabur, limau kasturi dan sambal.


Sambal :-
Bahan :-
2-3 sudu cili kering - 
Segenggam udang kering } semua bahan dikisar
2 ulas bawang merah -
1 ulas bawang putih -
Minyak masak untuk menumis


Jemput makan semua...

No comments:

Post a Comment