Monday, October 31, 2011

PUDING ROTI


PUDING ROTI
By :- kyra-sweethome.blogspot.com

 
Bahan-Bahan: -
10 keping roti 
sedikit mentega
kismis
2 biji telur
500ml susu segar
140gm gula kastor
1 sudu teh esen vanila 


Cara: 
1. Sapukan mentega pada roti dan dipotong kecil.
2. Lenserkan loyang dan letak roti berselang dengan taburan kismis dan gula castor. 
3. Pukul telur bersama susu cair, susu segar dan esen vanila.
4. Masukkan ke dalam roti dan biar terendam selama 1 jam.
5. Cubit 3 atau 4 ketul mentega dan letak berselerak di atas roti yg sudah terendam tadi. 
6. Bakar pada suhu 150C selama 40 minit.


Sunday, October 30, 2011

SLICE CHEESE CAKE

 
SLICE CHEESE CAKE
Sumber : onigiri (MR)

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )
4 - 5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila 

 

Cara-cara
potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya. 


Kek baru dikeluarkan dari oven...

Friday, October 28, 2011

MAKARONI BAKAR


Assalamualaikum...
Ni makaroni bakar ni yang Aya buat masa jamuan makan kat office..

MAKARONI BAKAR
Sumber :- Internet

Bahan A
250 gm macaroni

Bahan B
2 biji bawang merah}
4 biji bawang putih  } cincang halus
1/2 tin button mushroom - hiris nipis
3-4 helai daun bawang (kalau suka)
4-5 sudu besar tomato puri
3 biji tomato - potong dadu kecil2
5 biji cili api - hiris rampai (optional)
sedikit garam
sedikit minyak masak utk menumis atau butter
300 gm daging atau bahan utama lain spt udang, sotong, crab meat

Bahan sos
300 ml fresh milk
ground black pepper
100 gm keju mozarella}
100 gm keju cheddar }  kalau suka cheese, lebihkan
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum ( nak bagi pekat sos tu)

Cara
1.  Rebus macaroni hingga lembut dan toskan
2. Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan cili api,tomato puree, garam dan bahan2 utama. bila dah nak masak, masukkan mushroom, tomato dan akhir sekali daun bawang.
3. Gris acuan dgn butter dan masukkan macaroni tadi.


Bahan utk sos.
1. Panaskan butter dan masukkan susu dan tepung gandum , black pepper dan kedua2 keju.(tinggalkan sikit keju untuk  taburan)  Kacau hingga semua sebati.
2 Tuangkan dalam macaroni tadi dan akhir sekali taburkan lebihan cheese.
3. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga pasta jadi kuning.


Thursday, October 27, 2011

BUN COKLAT



BUN COKLAT
Sumber :- Internet
 
Bahan-bahan :-
A/ Digaul sebati
350 gm tepung roti
150 gm tepung halus
100 gm gula
1 sdt garam halus
30 gm susu tepung
1 sdt bread improver [optional]
1 sdt bread softener [optional]
4 sdt yis kering
2 sb serbuk koko

B/ campur ke dua bhn2 di bawah kemudian timbang supaya mendapat 265 gm
air
1 biji telur bersaiz kecil, dipukul sedikit

C/
40 gm butter atau 40 gm shortening [salah satu shj]

Cara-cara :-
1. Masukkan bahan B ke dlm A dan uli sehingga licin.
2. Masukkan bahan C dan uli lagi sehingga adunan tidak melekat di tangan.
3. Rehatkan doh selama 30 - 40 minit.
4. Tumbuk doh untuk mengeluarkan angin.
5. Bahagikan doh dan bulat-bulatkan kemudian rehatkan selama 10 minit.
6. Keluarkan angin dari doh dgn cara picit-picit kan doh tersebut kemudian barulah diuli dan dibentuk.
7. Rehatkan doh selama 40 minit atau 1 jam.
8. Sedia utk dibakar.

Kalau guna BM, saya akan masukkan cecair dahulu [bahan B] dan kemudian baru tuang bahan kering [bahan A].
Kemudian set kan utk doh dan biarkan BM bekerja seperti sepatutnya sehingga bunyi bipp..bipp yg pertama dan masukkan bahan C iaitu butter atau shortening. [tapi saya akan melt kan sekejap dgn microwave baru dituang ke dlm BM]. Kemudian BM akan meneruskan proses menguli dgn sendirinya sehinggalah tamat waktu dan akan bunyi bipp..bipp. [kebiasaannya utk doh mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih] Lepas itu, keluarkan doh dan tumbuk utk keluarkan angin. Rehatkan sekejap.
Kemudian baru dibentukkan ikut kesukaan dan susun dlm loyang.
Rehatkan lagi selama lebih kurang 40 minit atau lebih atau sehingga naik berkali ganda kembangnya dan panaskan oven dan bakar.

Inti coklat :-
Aya gunakan coklat masakan (bar)


Roti yang dah kembang

Tuesday, October 25, 2011

DAGING GORENG HALIA BERSAMA KENTANG


DAGING GORENG HALIA BERSAMA KENTANG
Resepi :- Aya @ kyra-sweethome.blogspot.com

Bahan-bahan
350 gram daging lembu -dihiris nipis dan direbus sekejap
Halia -separuh dikisar dan separuh dipotong memanjang
2 biji bwng besar -separuh dikisar dan separuh dipotong bulat
2 biji bawang putih
1 biji lada benggala merah -dihiris panjang
2 biji ubi kentang -dipotong kecil
2 sudu sos tiram
sedikit garam

Cara-cara
1. Kisar halia, bawang besar dan bawang putih hingga hancur, kemudian tumis hingga naik bau.
2. Masukkan sos tiram, daging dan ubi kentang, jika nampak kering, masukkan sedikit air.
3. Masukkan lada benggala merah, bawang besar dan halia yang telah dipotong tadi. suaikan rasa dan bolehlah diangkat.
4. Sedia untuk dihidangkan.

Monday, October 24, 2011

HAWAIIAN CHICKEN PIZZA...


HAWAIIAN CHICKEN PIZZA...
Resepi :- kak noorma @ http://dapur-digital.blogspot.com 
Dirujuk & diubahsuai :- Aya @ kyra-sweethome.blogspot.com
 
Pizza Base

Bahan-bahan :-
350g tepung roti - boleh tambah 1-2 s/b jika perlu
3/4 sudu kecil garam - paras rata
1 sudu kecil gula
3 g (1/2 sudu besar) yis kering segera
225 ml air suam
1 sudu besar minyak zaitun atau minyak sawit

 

Cara Membuat :-
Gaulkan tepung bersama yis di dalam mangkuk adunan.
Larutkan garam dan gula dalam air.
Tuangkan air dan minyak ke dlm mangkuk, gaul adunan sekata.
Uli adunan diatas tempat permukaan yang ditabur dengan sedikit tepung sehingga licin dan tidak melekat.
Bulatkan doh tersebut, simpan di dalam mangkuk adunan yang dilenser dgn sket minyak dan ditutup dgn cling film.
Biarkan ianya mengembang 2 kali ganda atau selama 1 jam.
Uli aduan semula untuk keluarkan angin dan bahagikan adunan kpd 2
Canaikan adunan menjadi leper mengikut saiz yg dikehendaki.
Letakkan kedlm dulang pembakar dan biarkan selama 20 minit supaya adunan naik semula.
Cucukkkan sedikit dgn garpu utk mengelakkan ianya menggelembung bila dibakar nanti.
Bakar didlm oven pd suhu 200'C selama 5-8 minit keluarkan.
Sapu sos kemudian taburkan 1/3 campuran keju diikuti bahan inti diakhiri 2/3 campuran keju.
Bakar semula sehingga keju cair dan keperangan ditepi2 nya.

Sos 

Bahan-bahan :-
1 labu bawang besar - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang halus
2 sudu besar minyak
2 biji buah tomato dicincang
3 sudu besar tomato puri
2 sudu besar sos tomato
3/4 sudu kecil gula
1 sudu kecil oregano kering
garam secukup rasa

Cara membuat sos :-
Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih sehingga layu.
Masukkan buah tomato, semua sos, oregano, gula dan garam
Kacau hingga pekat.


Inti

Bahan-bahan :-
1 biji cili capsicum -dipotong dadu
1 biji buah tomato - potong bulat (Aya x letak xebab xde)
2 keping nenas- dipotong dadu
Sosej-jenama Ayamas - yg ni Aya tambah
Cendawan butang - yg ni Aya tambah
125 g parutan keju mozzarella - kuantiti keju mengikut citarasa masing samada nak kurang atau tambah
125g parutan keju cheddar
1 keping dada ayam- dipotong dadu kemudian ditumis dgn 2 ulas bwng putih, cili flakes dan garam secukup rasa sehingga masak


Thursday, October 20, 2011

KARI AYAM


KARI AYAM
Resepi :- Aya@kyra-sweethome.blogspot.com

Bahan-bahan :-
1/2 ekor ayam -dipotong
1/2 biji santan kelapa
2 biji ubi kentang - dibelah 4
1 labu bwng besar -potong 4
2 ulas bwg merah -ditumbuk
2 ulas bwng putih -ditumbuk
½ inci halia -ditumbuk
2 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu kecil serbuk cili
Kerisik
Sedikit air asam jawa
Sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga& bunga lawang
1 batang serai -dititik 
2 tangkal Daun kari
Garam secukup rasa
Minyak masak
Air sesukupnya

Cara-cara :-
1. perap ayam bersama serbuk kari, serbuk cili dan kerisik. Masukkan juga sedikit air.
2. Panaskan periuk dan masukkan minyak masak. Tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga bersama bawang & halia yg telah ditumbuk.
3. Masukkan ayam yang telah diperap tadi.
4. Setelah naik minyak, masukkan air asam jawa, ubi kentang, bawang besar dan santan. 5. Masukkan juga serai yang telah dititik. suaikan rasanya.
6. Tunggu sehingga kentang empuk dan ayam masak, boleh lah tutup api.


Sunday, October 16, 2011

KUCHING, SARAWAK.. DEC. 2010.



Moi Sup...

Sungai Sarawak berlatarbelakangkan gunung Santubung.. view dari atas bas...

Bilik hotel tempat menginap.. Holiday Inn Damai Beach Resort.. view mengadap laut...

Dinner di Beach Restaurant...









Sarawak Cultural Village...
















Sovenirs Shop...




Semenggoh Orang Utan...

Abang & Adik...


Alya & Alya.. hehehe...



Tempat buat pasu...




Adam di Lobi Grand Margherita Hotel... 





Adam.. Kuching International Airport.. Time arrival in LCCT KL...