Monday, July 4, 2011

BUN SOSEJ BERPINTAL

Assalamualaikum!!!!..
Lama betul x jenguk blog.. tuannya sibuk yang amat menguruskan keluarga.. dengan macam-macam hal.. .. ke sana sini.. hemmm.. ok lah.. Jom tengok apa yg Aya masak dan sempat ambik gambar selama menyepikan diri...


BUN SOSEJ BERPINTAL
Resepi :-  k.Noor (Internet)

Bahan-bahan :
400 g tepung roti 
1 1/2 sudu kecil yis segera
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula castor
3 sudu besar minyak masak
250 ml air suam
10 batang sosej ayam
sedikit sayur campur
sedikit sos tomato
sedikit mayonis
1 biji telur } dipukul sedikit-utk sapuan

Cara membuat:
1. Campurkan tepung, yis, garam dan gula kedalam mangkuk besar. Buat lubang di tengah2nya, tuangkan minyak dan air.
2. Gaul tepung tadi sehingga menjadi doh yg lembut, jika adunan terlalu kering tambahkan 2-3 sudu kecil air lagi. Uli selama 10-15 minit sehingga doh menjadi licin dan elastic.
3. Bulatkan doh dan kemudian letakkan kedalam mangkuk yg telah dilenser dgn sedikit minyak dan tutup dgn cling film.
4. Letak ditempat yg suam selama 1 ½ - 2 jam atau sehingga doh mengembang 2 kali ganda
5. Potong doh kpd beberapa bahagian dimana setiap bahagian seberat 50 g.
6. Taburkan sedikit tepung ditempat mencanai. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan canai. Letak sosej diatasnya dan kemudian gulung.
7. Potong kpd beberapa bahagian yg sama besar tapi jgn putus.
8. Twistkan setiap bahagian potongan ke kiri dan kanan berselang seli.
9. Letakkan di atas dulang yg telah disapu minyak. Ulang kesemua doh hingga habis.
10. Tutup dulang tersebut dgn cling film, biarkan doh naik sekali ganda.
11. Selepas itu taburkan sayur campur di atas roti.
12. Panaskan oven pd suhu 200'’C, bakar selama 10 minit kemudian keluarkan dr oven, sapu atas/tepi roti dengan kuning telur kemudian masuk balik ke dalam oven. Bakar semula selama 10-15 minit atau sehingga keperangan.
13. Apabila masak, paipkan sos tomato atau sos cili jika suka dan mayonis diatasnya. Enak dimakan semasa masih panas.


Jika suka boleh juga letak parutan cheddar cheese atasnya tapi Aya x letak coz x ada stok cheddar cheese kat umah...


No comments:

Post a Comment