Wednesday, November 2, 2011

PUDING FRUIT KOKTAIL

  
Assalamualaikum... sebenarnya puding ni Aya dah banyak kali buat.. cepat jer habis kalau buat kat rumah ni.. sedap makan masa cuaca panas2.. resepi dah ada pada entry yang lepas.. tapi Aya letak sekali lagi yer ! ..

PUDING FRUIT KOKTAIL 
By :- Aya @ kyra-sweethome.blogspot.com 

Bahan-bahan :-
1Ogm agar-agar serbuk
6 cawan air
1 tin susu cair
2 s.k. tepung kastad
2 biji telur
1 1/2 cawan gula
1 tin fruit koktail
1 s.k. esen vanilla 

Cara-cara :-
1. Masak serbuk agar-agar bersama air dan gula hingga semuanya larut.
2. Dalam bekas lain, masukkan susu cair, telur dan tepung kastad. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan campuran susu cair ke dalam agar-agar tadi. Masukkan pula esen vanilla.
4. Susun buah-buahan koktail dalam acuan/loyang dan tuang ke dalam acuan @ loyang.
4.Sejukkan seketika kemudian bolehlah dimasukkan dalam peti ais hingga puding keras. Bolehlah dihidangkan.

No comments:

Post a Comment