Thursday, May 30, 2013

Friday, May 24, 2013

JUS MANGGA
Oleh :- Aya@kyra-sweethome.blogspot.com



Bahan :-
Sebiji buah mangga masak
kordial mangga jenama Tobiar Gold (jika tiada, boleh gantikan dengan 3 sudu besar gula)


Cara-cara Membuat :-
Buah mangga dipotong dadu. Kemudian kisar buah mangga bersama kordial mangga.
Tuang ke dalam gelas dan masukkan ketulan ais.
Sedia untuk dinikmati.. nyum~nyum...


Thursday, May 23, 2013

Assalamualaikum W. B. T. ...
Salam Jumaat.. Penghulu segala hari...

DAGING MERAH ALA THAI
Sumber Rujukanku :- jeezy@myresepi.com 

Assalamualaikum.. Terima kasih kepada jeezy kerana sudi berkongsi resepi daging merah ala thai yang sedap nih.. menurut jeezy, dia mendapat resepi ini dari tokey restoran yang baik hati.


Bahan-bahan :- ( 4 orang makan)
1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
2 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 sudu besar cili giling
Sedikit sos tiram
Sedikit sos ikan (thailand mari)
Sedikit sos tomato
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)


Cara-cara :-
Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2.
Panaskan sedikit minyak, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.
Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
Masukkan daging tadi dan bawang besar yang dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan.
Taburlah daun ketumbar yang dihiris tadi untuk mencantikkan lagi masakan.


 Selamat Mencuba.

Tuesday, May 21, 2013

BENGKANG @ BINGKA UBI KAYU
Sumber Rujukanku :- K.An@periuktanahblogspot.com


Bahan-bahan :- (loyang 7 inci X 7 inci)
4 cawan ubi kayu -siap diparut  
2 cawan santan pekat -daripada 1 biji kelapa
1 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning (Aya x letak sebab ubi dah warna kuning)


Cara Membuatnya :-
1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius (api atas dan bawah). Masukkan semua bahan ke dalam loyang berukuran 7 inci X 7 inci (atau 6 X 6- bingka agak tebal). Gaul rata hingga gula hancur dan santan sekata. Ratakan.
2. Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letakkan di rak paling bawah. Bakar bengkang selama 1 jam - 1 1/2 jam atau hingga bahagian atas bengkang keperangan. Setelah masak, keluarkan dan Sejukkan lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang.


Tips dari K.An :-
Untuk mendapatkan bengkang @ bingka yang sedap, lembut dan lemak manis, perlu ikut resepi betul2.. jangan tambah atau kurangkan bahan..
loyang pun tak perlu dilengser kerana santan pekat menyebabkan kuih tidak melekat dan senang dipotong dengan syarat kuih telah cukup disejukkan.



Sunday, May 12, 2013

SUP IKAN MERAH 
Resepi :- kyra-sweethome.blogspot.com


Bahan2 :-
2 ekor ikan merah
3 ulas bawng merah - dimayang 
2 ulas bawang putih - dimayang 
1 s.k lada hitam - ditumbuk
1 inci halia- diketuk
2 batang serai - diketuk
daun sup
1 biji ubi kentang
Brokoli
Cendawan hitam
garam dan perasa secukupnya





Cara2nya :-
Panaskan periuk. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia. 
Tumis sehingga naik bau.
Masukkan air, ubi kentang dan lada hitam.
Bila kuah mendidih, masukkan ikan, serai dan cendawan hitam.
Masukkan brokoli. Perasakan dengan garam. Masukkan daun sup.
Sebelum dihidangkan, boleh juga taburkan bawang goreng.

Monday, March 25, 2013

SOSEJ BLOSSOM BUN
Sumber Rujukanku :- CMG (http://www.tiffinbiru.com)


Bahan-bahannya :-

250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan sejukkan
Mayonnaise secukupnya
Sos cili/sos tomato, secukupnya
Mix vege secukupnya


Cara Membuatnya :-

Untuk Doh :- 
Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.

Kaedah Lain :- saya guna kaedah yang ni sebab malas.. hehehe
Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian (seperti dalam gambar).
Kemudian, bentukkan seperti dalam gambar dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir ditolak ketengah2 bahagian membentuk sebagai tampuk bunga. Tekan sedikit biar kelihatan kemas. Alih alam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata2. Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.


Tuesday, March 19, 2013

SAYUR KANGKUNG GORENG BELACAN




SAYUR KANGKUNG GORENG BELACAN
Oleh :- kyra-sweethome.blogspot.com

Bahan2 :-


Seikat sayur kangkung
1 biji bawang merah-dihiris
1 batang lada merah hidup-dihiris
2 biji bawang putih-ditumbuk
segenggam udang kering-ditumbuk
3 biji cili padi -ditumbuk
sedikit belacan - ditumbuk
sedikit garam

Cara Memasak :-

1. Tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan pula bahan yang telah dihiris. Masukkan secawan air bersama sayur kangkung.
3. Masukkan garam. Tunggu hingga airnya kering sedikit, jangan sampai sayur terlalu layu dan bolehlah tutup api.

Sunday, March 17, 2013

ROTI SOSEJ

ROTI SOSEJ
Rujukanku :- Yani@My Resipi

Gambar step by step oleh Yani@My Resipi supaya mudah untuk difahami.. Thanks Yani.. Walaupun x secantik roti yang dibuat oleh Yani, tapi tetap lembut dan habis juga dimakan oleh hb dan anak-anak...


Bahan-bahan :- ( 12 biji )

120ml susu segar *
50gm telur *
300gm tepung roti *
1 sudu kecil garam *
3 sudu besar gula *
60gm butter *
1 sudu kecil dry yeast *
12 batang sosej
sos tomato/ sos cili
mayonis
telur untuk sapu


Cara-cara :-

Masukkan semua bahan di atas yang bertanda * ke dalam breadmaker. On kan dan tunggu sehingga selesai.
Bila dah siap. Keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin.


Bahagikan kepada 12 bahagian. Rehatkan 10 minit. Ambik sebiji roti. Buat bentuk panjang lebih kurang 30cm.


Pada bahagian hujung, buat leper sebagai tempat penyambung dan kemudian sambungkan pada bahagian hujungnya.


Letakkan sosej pada bahagian tengah. Ulang langkah 4-6 sampai habis. 
Biar naik 2 kali ganda. Kemudian sapukan dengan telur.
Bakar pada suhu 180C selama 10 minit. Kalau roti belum nampak perang, biarkan dalam oven selama 5-6 minit selepas bakar sebelum dibawa keluar dari oven.
Keluarkan roti dari oven dan sejukkan. Bila nak makan bolehlah letak sos dan mayonis.

Wednesday, March 13, 2013

PUDING KARAMEL

PUDING KARAMEL
Rujukanku :- Alia@My Resepi


Bahan-bahan :- ( saiz:16 cm )
400cc (400ml) susu segar/susu cair
5 sudu besar gula halus
3 biji telur - pada suhu bilik
2 biji telur kuning - pada suhu bilik
2-3 titik esen vanila

Karamel :-
5 sudu besar gula
2 sudu besar air


Cara-cara :-
Sediaan karamel :-
Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana.Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.

Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi.
Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar.
Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais.

Tuesday, March 12, 2013

MEDAN - LAKE TOBA, INDONESIA.

Gambar diambil semasa ke Medan - Lake Toba pada 14 - 17 hb. Desember 2012...