Sebenarnya, buat kek ni dah lama.. baru nak masukkan dalam blog.. masa tu pulak ada buah stoberi dalam peti ais.. apalagi.. letak la.. sedap dan moist kek ni.. thanks yer sebab sudi berkongsi resipi..
KEK COKLAT KUKUS RESEPI ZAIMA
Source : Hana @ hanamemories.blogspot.com
Bahan-bahan :-
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair@ susu segar
1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur
Cara-cara :-
1. Campur koko, gula, susu cair, susu pekat manis dan minyak ke dalam periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam.
2. Tepung, soda biakrbonat dan baking powder di ayak.
3. Telur dipukul sehingga kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi. Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan, jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je)
4. Tutup loyang dengan aluminium foil agar tidak masuk wap air. Kukus selama 1 1/2 jam, baru angkat dan sejuk kan .
No comments:
Post a Comment