Wednesday, November 16, 2011

IKAN REBUS CICAH AIR ASAM

Assalamualaikum..
Dah beberapa hari  x update blog.. rasa malas sangat... huhu... ikan rebus cicah air asam ni buat  2-3 hari lepas.. Aya guna ikan kembung, kalau nak guna ikan lain pun boleh jugak .. Resepi biasa2 jer...


IKAN REBUS CICAH AIR ASAM
Resepi by :- Aya@kyra-sweethome.blogspot.com


BAHAN-BAHANNYA :-
4 ekor ikan kembung
1 keping asam gelugor
Sedikit garam
Air secukupnya
 

BAHAN-BAHAN AIR ASAM :-
6 biji cili padi

4 biji cili merah
2 biji bawang merah
1 inci belacan
Gula secukup rasa
1/3 cawan jus asam jawa

4 - 5 biji limau kasturi, ambik jusnya
Hirisan bawang besar
Hirisan tomato
Hirisan cili padi
 

CARA MEMBUAT :- 
UNTUK IKAN REBUS :-
Rebus ikan bersama asam gelugur dan garam. Bila ikan dah masak, tutup api. Toskan.


UNTUK AIR ASAM :-
1. Blender atau boleh juga tumbuk cili padi, cili merah, bawang merah, belacan, gula,  jus asam jawa dan jus limau kasturi.
2. Curah air asam ke atas ikan kembung  yang telah direbus tadi.
3. Hias dengan hirisan bawang besar, tomato dan cili padi.
4. Sedia dihidangkan.


Thursday, November 10, 2011

PUDING ROTI


Assalamualaikum.. maaf sebab gambar puding roti ni agak kurang memuaskan... huhuhu... puding roti ni dah buat banyak kali dan masih menggunakan resepi yang sama macam entry yang lepas, cuma kali ni Aya tambah ceri yang dipotong dadu untuk tabur atas puding.. Lagi sedap jika dimakan bersama sos kastard.. Aya tak buat pun sosnya disebabkan kemalasan yang melanda diri ini.. hehehe...

PUDING ROTI
By :- kyra-sweethome.blogspot.com

Bahan-Bahan: -
10 keping roti 
sedikit mentega
kismis hitam

buah ceri
2 biji telur
500ml susu segar
140gm gula kastor
1 sudu teh esen vanila 

Cara: 
1. Sapukan mentega pada roti dan dipotong kecil.
2. Lenserkan loyang dan letak roti berselang dengan taburan kismis dan gula castor. 
3. Pukul telur bersama susu cair, susu segar dan esen vanila.
4. Masukkan ke dalam roti dan biar terendam selama 1 jam.
5. Cubit 3 atau 4 ketul mentega dan letak berselerak di atas roti yg sudah terendam tadi. tabur juga kismis dan buah ceri di atas puding.
6. Bakar pada suhu 150C selama 40 minit.

Wednesday, November 9, 2011

SAYUR TUMIS


Hidangan yang ringkas dan mudah disediakan...

SAYUR TUMIS
Resepi :- Aya@kyra-sweethome.blogspot.com

Bahan-bahan:
2 ulas bawang putih
carrot
sawi
1 biji telur 
jagung kecil
garam secukup rasa
secubit gula
sedikit minyak utk menumis
air

 
 Cara -cara :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan
2. Masukkan air
3. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
4. Biarkan sehingga mendidih
5. Masukkan carrot, batang sawi. Masak selama 1 - 2 minit.
6. Masukkan telur.
7. Masukkan daun sawi dan terus tutup api. Nanti layu sangat tak sedap
8. Sedia dihidangkan.

Tuesday, November 8, 2011

SALAM AIDILADHA... 10 ZULHIJJAH 1432 HIJRAH...

... SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA....

KEK OREN

 

KEK OREN
Sumber Resepi :- Bebop (FnR)
Dirujuk :- kyra-sweethome.blogspot.com


BAHAN-BAHAN :-
200 gm tepung gandum
1/4 tsp baking powder
1/2 sudu besar susu tepung
250 gm butter
5 bj telur
175 gm gula
2 sudu besar orange juice
parutan kulit limau dari sebiji limau


  
CARA-CARANYA :-
Pukul tepung, baking powder, susu, butter hingga gebu dan tidak berbintil
Dimangkuk asing pukul telur dgn gula hingga lembut dan pekat, kemudian masukkan orange juice dan parutan kulit limau kedlm adunan telur dan kacau sebati.  
selepas itu masukkan adunan telur tadi kedalam adunan butter dan adun sebati.  Tuang adunan kedalam loyang 9" dan bakar dalam 30 - 40 minit pada suhu 170C.  Nak masuk dalam cup cake pun boleh jugak.


Thursday, November 3, 2011

SALAM JUMAAT...


 TAZKIRAH...

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: barang siapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam. Nabi Muhammad s.a.w juga bersabda: barang siapa yang membaca pada pagi Jumaat sebelum solat Subuh, Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi’ tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut.